Sunday, July 21, 2013

Jelajah Kasih Ramadhan 2013

Jelajah Kasih Ramadhan 2013 di Mydin USJ semalam. Gambar di atas adalah persembahan adik-adik dari Baitul Hidayah.

Seramai 42 adik-adik dari Baitul Hidayah berumur dari 1 tahun hingga 12 tahun, menerima layanan istimewa dari PUSPNITA, BELIA SUKARELAWAN MPSJ dan PIHAK MYDIN yang membantu mereka membeli belah.

Tanggungan Kos membeli belah sebanyak RM150 seorang merupakan sumbangan dari pihak MAMEE Sdn Bhd, dan kutipan sumbangan dari kakitangan MPSJ.

Mereka turut menerima aksesori pakaian daripada PIHAK GENEXIS SDN BHD.

Terdahulu, adik-adik ini diraikan oleh pihak UN RIDERS dan BELIA SUKARELAWAN MPSJ dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi secara berkonvoi beramai-ramai menuju ke Mydin untuk membeli-belah dan berbuka puasa.

Adik-adik Baitul Hidayah dan semua pihak yang terlibat diraikan pula di Majlis Berbuka Puasa yang disediakan oleh pihak Mydin pada petang ini.

Gambar di bawah sebelah kiri ialah YBhg. Dato' Asmawi Bin Kasbi Yang Dipertua MPSJ sedang memberi ucapan.

Gambar di atas sebelah kanan adalah Superbikes pihak UN RIDERS.

Terdapat UN RIDERS sebanyak 52 Superbikes bersama 55 belia bermotosikal ke MASJID AL FALAH USJ9. Mereka bermalam di masjid, seterusnya pada awal pagi esok seawall 3.30 pagi akan berlangsung aktiviti Jelajah Sahur di mana sebanyak 200 pax juadah sahur yang disediakan oleh Masjid Al Falah akan diedarkan kepada 26 Rumah Fakir Miskin, 1 Pusat Penempatan Pesakit HIV, 1 Rumah Anak Yatim, dan seterusnya kepada orang gelangangan di seluruh kawasan MPSJ.

Pihak yang telah menyumbang tenaga, kemahiran, masa & wang ringgit di dalam memastikan kejayaan dan kelangsungan progam Jelajah Kasih Ramadhan 2013 adalah MYDIN, IPD Subang Jaya & IPD Serdang, Mamee, UN RIDERS, Masjid Al Falah, GENEXIS Sdh Bhd, dan Colgate-Palmolive.

Senarai Jemputan pada hari Sabtu, 20 Julai 2013 

1.      Dato’ Asmawi Bin Kasbi - Yang Dipertua MPSJ
2.      Tuan Hj. Abdullah Bin Marjunid - Timbalan YDP MPSJ
3.      Datuk Wira (Dr.) Hj. Ameer Ali Mydin – Pengarah Urusan MYDIN
4.      Tuan ACP Yahaya Bin Ramli – Ketua IPD Subang Jaya  
5.      Tuan Mohamad Khairi Bin Daud – Timbalan Penguasa Bomba
6.      Datuk Seri Syed Zainal – Nazir Masjid Al-Falah USJ 9
7.      Wakil dari Mamee
8.      Pengarah Urusan Summit Mall



 

No comments:

Post a Comment

Welcome to my parenting blog, feel free to visit more blogs
http://namesherry.com
http://Sherrygo.blogspot.com
http://www.whateverygalwant.info
http://alsomommy.blogspot.com
http://mykidshopping.blogspot.com

Popular Posts